NADIALOVA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalPortal  HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in      

 

 JUARA LAGI

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Master Admin
Master Admin
Admin


Number of posts : 112
Age : 56
Location : Kuala Lumpur
Registration date : 2008-03-21

JUARA LAGI Empty
PostSubject: JUARA LAGI   JUARA LAGI EmptySun Jun 15, 2008 12:42 pm

JUARA LAGI Lm_01.1



KUALA LUMPUR - Kedah secara rasmi menjulang trofi Liga Super musim 2007/ 2008 pada majlis penuh meriah sambil diiringi kemenangan 1-0 ke atas Pahang di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam.

Trofi disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sejurus perlawanan berakhir.

Jaringan Marlon Alex James pada minit ke-10 meletakkan Kedah kini 56 mata.

Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.

Selangor pula mempersia-siakan peluang berada pada kedudukan selesa untuk bergelar naib juara apabila tewas 2-3 di tangan Johor FC di Stadium J-Corp.

Kekalahan tersebut menyebabkan kedudukan Selangor kini di tangga ketiga, iaitu berdasarkan hukuman dipotong tiga mata yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)..

Sebaliknya, NS Naza menghampiri gelaran naib juara, kini di tangga kedua selepas menang 3-2 ke atas Brunei DPMM di Stadium Paroi.

Johor FC meraih mata ke-43 hasil gol Eddy Helmi Manan (m-77), Gustavo Andres Fuentes(m-79) dan jaringan Walter Ariel Silva (m-81).

Frank Seator menjaringkan gol untuk Selangor menerusi penalti pada minit ke-60 disusuli satu lagi gol minit ke-84.
Back to top Go down
http://www.afcevent.com.my
prop
Senior Admin
Senior Admin
prop


Number of posts : 1060
Age : 54
Registration date : 2008-04-10

JUARA LAGI Empty
PostSubject: Re: JUARA LAGI   JUARA LAGI EmptySun Jan 04, 2009 11:17 am

Kedah kena ganyang


Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
JUARA LAGI Su_01.1



JUARA treble musim lalu, Kedah tumbang di gelanggang sendiri.
Mereka diganyang oleh Selangor 4-1 pada perlawanan Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
Lebih malang, kekalahan itu berlaku di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darulaman, Alor Star malam tadi.
Yang pasti, keghairahan 30,000 penyokong tuan rumah untuk melihat Sang Kenari mencipta sejarah merangkul tujuh piala dalam masa dua tahun musnah dalam masa 90 minit gara-gara aksi cemerlang skuad Gergasi Merah yang dibimbing oleh K. Devan itu.
Selangor tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol.
Selepas dua minit perlawanan bermula pasukan pelawat sudah mendahului 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Amri Yahyah.
Pasukan tuan rumah yang cuba bangkit menyamakan kedudukan bagaimanapun gagal mendapatkan penyudah yang baik apabila cubaan mereka mudah dibaca lawan.
Kegagalan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias menangkap kemas rembatan Mohd. Zameer Zainun pada minit ke-21 terus memberi tekanan pasukan tuan rumah yang terus dihimpit duka pada minit ke-36 apabila Selangor meledak gol ketiga menerusi Amri.
Pada babak kedua, tiada sebarang tanda bahawa Kedah akan bangkit memberi tentangan.
Sebaliknya mereka terus dihukum apabila kehilangan seorang pemain, Farizal Rozali yang diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas penjaga gol Selangor, Mohd. Nasril Nourdin. JUARA LAGI Su_01.2
SAFEE SALI (kiri) dihalang oleh pertahanan Kedah, Victor Andrag (tengah) pada aksi di Alor Star malam tadi.


Akibatnya, derita mereka semakin bertambah apabila Selangor memperoleh gol keempat menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-59.
Gol sagu hati Kedah hanya hadir pada minit ke-89 menerusi Khyril Muhymeen.
Pada perlawanan lain, Terengganu tewas 2-3 kepada Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, sementara PDRM pula dikalahkan UPB-MyTeam 0-3 di Paroi.
Pahang turut mengalami kekalahan di gelanggang sendiri apabila tunduk 2-3 kepada Johor FC, sementara Pulau Pinang tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan juga di tempat sendiri.
Back to top Go down
http://www.cari.com.my
 
JUARA LAGI
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NADIALOVA :: BERITA SUKAN-
Jump to: